Gelihati...

>> Sabtu, 2 Mei 2009



Mencuri

Seorang pemuda sedang menjalani perbicaraan dihadapan hakim atas tuduhan mencuri basikal seorang gadis.
Pemuda: Tidak! Saya tak curi basikal itu.
Hakim: Jangan kamu cuba menipu. Gadis ini membuat laporan mengatakan kamu mencuri basikalnya.
Pemuda: Dia tipu! sebenarnya, dia memberikannya secara percuma.
Hakim: Maksud kamu?
Pemuda: Begini tuan hakim, ketika saya dalam perjalanan pulang dari sekolah, gadis ini meminta bantuan saya untuk memboncengnya menggunakan basikalnya sendiri. Dalam perjalanan, apabila tiba di kawasan semak, gadis itu menyuruh saya berhenti. Dia kemudian membuka baju dan seluarnya dan berkata kepada saya bahawa saya boleh mengambil "barangnya" yang berharga dengan percuma. Jadi saya terfikir, kalau ambil baju wanita itu, bukan saya boleh pakai sebab saya lelaki. kalau ambil seluarnya pula, pun begitu juga. Akhirnya , saya ambil keputusan untuk mengambil basikalnya. Itulah cerita sebenarnya.
Hakim: !!!???!!!



Temuduga
Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temu duga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temu duga, pengurus kilang pun memberitahu...
Pengurus kilang : Untuk permulaan, kita akan bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas tiga bulan, kami akan naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
Dol: Setuju, bos! (lalu menjabat tangan bakal bosnya itu).
Pengurus kilang : Bagus, bagus! Kalau macam tu bila kamu boleh mula kerja?
Dol: Tiga bulan lagi, bos!



Rumah terbakar
Seorang lelaki tua yang sedang bergunting rambut terkejut apabila tiba-tiba pintu kedai gunting itu dirempuh. Yang rempuh ialah lelaki muda, dan kemudiannya menjerit, "Minhat! Cepat balik, rumah engkau terbakar!!!"
Apa lagi, lelaki tua itu pun terjun dari kerusi, terus berlari ke rumahnya, 100 meter dari situ walaupun rambutnya belum siap dipotong dan di dagu penuh dengan buih pencukur. Dia pun berlari, berlari dan berlari macam lipas kudung. Tapi 30 meter sebelum sampai rumahnya, lelaki tua itu tiba-tiba berhenti. "Eh... kenapa aku lari balik ni? Nama aku bukannya Minhat!"

0 ulasan:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Free Blogger Templates Wild Birds by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP